CEO Nokia mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan, walaubagaimana pun, kami tertewas"
Oleh: Ziyad Jawabra.
Semasa sidang akhbar yang mengumumkan bahawa
Nokia telah dibeli oleh Microsoft, CEO Nokia mengakhiri ucapan beliau dengan berkata,
"Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan, walaubagaimana pun, kami
tertewas". Ucapan beliau itu diiringi dengan titsan air mata termasuk dari
pihak pengurusan Nokia sendiri.
Nokia merupakan sebuah syarikat yang
diiktiraf dan dihormati. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan didalam perniagaan
mereka, walaubagaimana pun, dunia berubah terlalu cepat. Pesaing mereka terlalu
kuat.
Mereka ketinggalan didalam mempelajarinya.
Mereka tertinggal mempelajari perubahan dalam industri telekomunikasi, dan mereka
terlepas peluang yang berada dihadapan mereka untuk membesarkan perniagaan. Bukan
sahaja mereka terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar tetapi mereka
juga terlepas peluang untuk meneruskan hidup.
Pengajaran dari cerita ini, JIKA ANDA
TIDAK BERUBAH, ANDA AKAN DITINGGALKAN DALAM PERLUMBAAN INI.
Bukan menjadi satu kesalahan jika anda
tidak mahu mempelajari sesuatu yang baru, walaubagaimana pun, jika anda tidak mampu
mengikuti arus perkembangan semasa, anda akan disingkirkan dari perlumbaan.
Kesimpulannya:
1. Kelebihan yang anda ada pada hari ini, akan digantikan dengan trend yang ada pada esok hari. Anda tidak perlu melakukan apa-apa kesilapan pun, tetapi jika pesaing anda Berjaya mengikuti gelombang pembangunan terbaru, anda akan tewas dan anda akan gagal.
1. Kelebihan yang anda ada pada hari ini, akan digantikan dengan trend yang ada pada esok hari. Anda tidak perlu melakukan apa-apa kesilapan pun, tetapi jika pesaing anda Berjaya mengikuti gelombang pembangunan terbaru, anda akan tewas dan anda akan gagal.
BERUBAH dan memperbaiki diri adalah seperti
memberi peluang kedua kepada diri sendiri.Tetapi jika kita dipaksa berubah oleh
orang lain, itu maknanya kita menghinakan diri sendiri.
Sesiapa yang menolak untuk belajar dan
maju, sudah pasti suatu hari mereka menjadi beban dan tidak diperlukan dalam bidangnya.
Mereka akan terpaksa belajar melalui cara yang amat sukar dan sangat mahal harganya.
No comments:
Post a Comment