Friday, May 13, 2016

Hari Kematian Perniagaan




Selamat sejahtera

Dalam apa jua bisnes, kalau anda berhenti buat promosi, maka tunggulah hari kematian perniagaan tersebut.

Ramai orang hangat-hangat taik lembu, mulanya hangat lepas tu layu. Ramai orang gagal dalam apa jua bisnes ialah apabila ia mula berhenti buat promosi. Cuba lihat iklan di TV, masihkah anda lihat iklan KFC, Petronas, Nestle, Colgate dan macam-macam lagi, sedangkan mereka sudah kukuh dan berada di pasaran berpuluh-puluh tahun. Kerana apa? Kerana produk adalah tulang belakang sesuatu perniagaan, dan promosi/marketing adalah nyawanya. Tanpa produk perniagaan itu akan lumpuh, tanpa promosi perniagaan itu akan mati.

Tentukan nasib anda sendiri hari ini, jika tidak orang lain yang menetapkan nasib anda esok lusa.



No comments:

Post a Comment