Assalamualaikum,
selamat sejahtera untuk anda semua.
Pada
zaman dahulu, ada sebuah kampung dilanda banjir yang dahsyat. Ramai penduduknya
yang mati dihanyutkan air. Masa tu, ada seorang pemuda, cuba selamatkan diri
dengan duduk diatas bumbung rumah. Disebabkan rumahnya jauh terpencil daripada
rumah orang lain, maka tiada siapa yang datang menyelamatkan dia. Air makin
naik, rumah makin nak tenggelam. Seharian dia menunggu bot penyelamat, tapi tak
ada satu pun yang sampai kerumahnya. Hati makin risau, perut makin lapar,
akhirnya pemuda tersebut tertidur kat atas bumbung pada malam harinya. Esok
pagi bangun, dalam keadaan lapar, tunggu dan tunggu dan tunggu, masih tak
nampak bot penyelamat yang datang.
Bila
dah masuk tiga hari, dia pun dah give up untuk mengharapkan bantuan datang,
lalu akhirnya dia "berdoa kepada Tuhan" supaya adalah bot yang
datang. Tidak lama selepas berdoa, tiba-tiba muncul sebatang kayu balak, dia
pun terus melompat dan berpaut pada kayu tersebut dan akhirnya dihanyutkan ke
"kawasan selamat". Selepas beberapa jam, dengar ceritanya, rumah dia
habis roboh kesemuanya dihanyutkan oleh air deras. Habis cerita.
Apakah
pengajaran yang saya dapat dari cerita ini?
1. Jika kita "terlalu" inginkan "sesuatu", pastinya kita diberikan "peluang" oleh Tuhan untuk mendapatkan "sesuatu" tersebut.
2.
Kalau dia tidak bersungguh-sungguh berharap dan berdoa untuk diselamatkan,
mungkin kayu balak pun tak lalu.
3.
Kadang-kadang kita mengharapkan penyelamat dalam bentuk lain, tetapi Tuhan
menghantar dalam bentuk lain.
4.
Bila ada peluang yang diberikan, ambillah peluang tesebut. Contoh seperti
pemuda tadi, dia "terlalu" inginkan dirinya "diselamatkan".
Maka dia diberi peluang untuk diselamatkan. Kalau kayu balak yang lalu, dia tak
melompat dan berpaut pada kayu tersebut, mungkin dia pun akan mati dihanyutkan
arus.
Ramai
orang nak jadi kaya, dia pun berdoa dimurahkan rezeki, pasti Tuhan berikan dia
"peluang" untuk jadi kaya. Contohnya melalui bisnes yang banyak
halangan dan sukar dilakukan. Bukannya, bangun tidur terus lihat dalam bank
akaun ada berjuta-juta ringgit.
Untuk
mendapat lesen memandu, anda perlu ambil "peluang" untuk belajar
memandu disekolah memandu. Selepas sudah menyiapkan diri dengan
"ilmu" memandu, anda perlu ambil "peluang" untuk test
dengan JPJ. Hanya selepas anda lulus kesemua ujian tersebut, maka barulah anda
layak dapat lesen memandu. Bukannya, selepas anda berdoa untuk berjaya dapat
lesen memandu, tiba-tiba datang pengarah JPJ terus menghadiahkan anda lesen
memandu kelas D atau B2.
Ramai
orang ingin berjaya dalam TonePlus, maka anda akan dapat "PELUANG"
untuk berjaya. Anda akan dapat "latihan" untuk berjaya. Bukannya
selepas berdoa untuk berjaya dalam TonePlus ini, bukak-bukak member area terus
ada 400 orang kat Direct Subscribers, komisyen dari RM2 terus bertukar jadi
RM700,000. Kena ambil peluang dan lalulah latihan dan ujiannya dulu, baru boleh
pas/lulus.
Diantara
"latihan untuk berjaya" yang anda perlu lalui adalah;
a.
Anda akan jumpa ramai prospek yang reject produk anda ini, dengan alasan mahal,
dengan alasan tak pandai cari orang, dengan alasan tak suka MLM. Jadi untuk
lulus "latihan untuk berjaya" ini, anda mesti cari "ilmu"
untuk menyelesaikannya. Barulah akhirnya ada menjadi seorang yang pakar membuat
table talk. Kalau tiada orang reject, bagaimana anda ingin berlatih, kalau tak
berlatih bila masa nak jadi pakar.
b.
Anda akan jumpa dimana upline tidak membantu anda atau upline mengajar ajaran
sesat kepada anda. Jadi untuk lulus "latihan untuk berjaya" ini, anda
mesti cari "ilmu" untuk menyelesaikannya. Barulah anda boleh menjadi
orang yang berdikari. Kalau join-join semua upline tolong buatkan, bila masa anda
akan jadi orang yang berdikari. Kalau tak pandai berdikari, bila masa kita akan
berjaya, kerana kejayaan hanya ada pada orang yang berdikari.
c.
Anda akan jumpa dimana macam-macam style anda buat promosi, tapi tiada juga
orang nak join. Jadi untuk lulus "latihan untuk berjaya" ini, anda
mesti cari "ilmu" untuk menyelesaikannya. Barulah anda jadi pakar
dalam bidang promosi. Kalau buat promosi dua tiga kali, orang tak join dan anda
dah give up, bila masa anda ingin belajar dan berlatih ilmu-ilmu promosi. Bila
nak jadi pakar macam tu.
Kalau
anda ingin tahu, segala macam kepayahan yang anda lalui didalam TonePlus ini,
ia sebenarnya hanyalah "peluang" yang diberikan KHUSUS oleh Tuhan
untuk anda belajar bersungguh-sungguh, supaya anda lulus semasa ujian nanti dan
akhirnya anda akan diberikan lesen "kejayaan" untuk mencapai impian
yang anda "terlalu" inginkan.
Peluang-peluang
ini diberikan oleh Tuhan, kerana doa dan niat yang anda "terlalu"
inginkan "kejayaan" dalam hidup anda.
Jika
anda lihat kepayahan semasa buat toneplus ini sebagai halangan, maka anda
betul, dan hasilnya, anda cepat give-up dan berhenti sekerat jalan.
Jika
anda lihat kepayahan semasa buat toneplus ini sebagai "peluang" yang
diberikan oleh Tuhan untuk belajar, maka anda betul, dan hasilnya anda akan
berjaya mencapai impian.
Apa-apa
pun pandangan anda, anda tetap betul, dan hasilnya juga tetap betul.
No comments:
Post a Comment