Jika
anda ingin mencapai sesuatu, kebiasaannya terdapat dua cara yang sering orang
lain lakukan.
Pertama,
cara yang cukup popular, tetapi hasilnya indah khabar dari rupa, adalah dengan
cuba memotivasikan diri. Ramai yang mencuba memotivasikan diri dengan melihat
pencapaian orang lain, contohnya didalam Toneplus ini, mungkin anda terasa di
motivasikan dengan melihat income orang itu puluhan ribu, income orang ini
ratusan ribu. Kita pun mula mencuba bersungguh2 dan akhirnya, bila kita tidak berjaya mencapainya, kita akan tinggalkan
impian kita tadi. Kita mula membentuk pemikiran yang "aku memang tak boleh
capai". "Dia bolehlah, dia teror, aku tak boleh."
Cara
kedua, cara yang paling tidak popular, tetapi hasilnya amat2 berbaloi adalah
dengan meletakkan disipline dalam diri.
Pertama
anda kena tahu apakah yang benar-benar anda ingin capai dalam hidup anda.
Kedua
buat perancangan untuk mencapainya dengan meletakkan target. Pecahkan target
tersebut kepada aktiviti, tahunan, mingguan, malah harian.
Ketiga,
letakkan disiplin untuk melaksanakan aktiviti yang telah anda target utk capai.
Hanya
disiplin diatas tindakan yang berterusan akan membawa anda kepada impian yang
ingin anda capai. Selebihnya hanyalah angan-angan kosong yang dibuai oleh
motivasi luaran.
Disiplin,
disiplin dan disiplin.
No comments:
Post a Comment